Nuffnang skali...

Monday, October 18, 2010

Payung Ka'abah


Betapa mulianya, diseganinya, dikaguminya dan dihormatinya Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini sebagai seorang pemimpin dan ulamak sehingga diberikan penghormatan dan penghargaan sedemikian rupa.

Situasi seperti ini tidak pernah berlaku dan mungkin tidak akan berlaku walau di mana2 tempat pun di dalam Malaysia ini.

Hopefully semua mengenali dan mengetahui bahawa insan yang berkopiah putih dan berjubah putih yang begitu merendah diri ketika menyambut kedatangan dan memberi laluan kepada Tuan Guru itu adalah TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, SULTAN MUHAMAD V!! Subhaanallah..

Tidak pernah ada didalam lipatan sejarah, seorang Sultan/Raja begitu hormatkan rakyat. Maka wajarlah untuk kita memikirkan siapakah dan bagaimanakah orangnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.

Gambar2 ini telah dirakamkan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu ketika diadakan majlis Solat Hajat sempena perlantikan Baginda Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan Darul Naim yang baru.

Jika seorang Sultan pun menghormati, mengkagumi dan menyegani beliau (Tuan Guru) sehingga begitu sekali kerana ilmu dan kepimpinannya, maka siapalah kita yang hanya rakyat biasa ini untuk tidak mahu berbuat demikian.

Tepuk dada tanyalah iman..: )

Syabas kepada Tuanku Sultan & Tuan Guru Nik Abdul Aziz..Takbirrr!!!!

No comments:

Post a Comment