Nuffnang skali...

Monday, October 18, 2010

Tengku Muhammad Faris Petra

Antara gambar2 seorang Sultan yang berjiwa rakyat




Sultan Berjiwa Rakyat dan Disayangi Rakyat

Seorang ketua agama yang menjalankan setiap perintah Allah
dan sentiasa mendahulukan ulama'


Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra dimasyurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V merupakan Sultan Kelantan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sultan Muhammad ke-V merupakan putera sulung Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Pada 24 Mei 2009, Sultan Muhammad ke-V telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 6 Oktober 1969 dan ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.

Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

1 comment: