Nuffnang skali...

Monday, March 12, 2012

Fotografi Perkahwinan Dalam Islam

Hukum Mengadakan Walimatul Urus

Walimah berasal dari kata “Al Walam” yang bermakna Al Jamu’ (berkumpul). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakannya adalah sunnah mu’akad.Jumhur mengatakan hukumnya sunnah berdasarkan pendapat asy-Syafi’i rahimahullah. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 726, Darus Sunnah)

Ada pun pendapat yang terpilih adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah: “Tiada perbezaan pendapat di antara ahli ilmu, bahawasanya hukum walimah di dalam majlis perkahwinan adalah sunnah dan disyari’atkan (sangat dituntut), bukan wajib.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil 7, m/s. 2)

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” (HR Muslim)

Seorang fotografer perkahwinan bertugas untuk merakamkan detik-detik di dalam sebuah majlis perkahwinan.Sekilas pandang kita dapat merasakan bahawa tidak ada salahnya tugas seorang fotografer sekiranya imej yang ingin diambil itu tidak menyalahi syarak.Jadi..apakah perkara-perkara yang menyalahi syarak tersebut?


Kesalahan pengantin:
a) Membuka Aurat
Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis perkahwinan. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan mendedahkan bahagian-bahagian aurat tertentu.
Allah s.w.t. berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada... (mahram mereka)...” (Surah an-Nuur, 24: 31)

b) Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

c) Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

d) Mencukur Janggut
Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan di dalam banyak hadis-hadisnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5893)

Kesalahan Fotografer:
a - Memakai pakaian yang kotor,tidak menutup aurat serta tidak bersesuaian
b - Meninggalkan solat terutamanya solat zohor dan asar
c - Mengambil gambar ketika pengantin bersolek yang tidak menutup aurat
d - Mengarahkan pengantin untuk aksi-aksi 18SX
e - Tidak mengeluarkan zakat daripada hasil yang diterima

Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin apa yang diperintahkanNya kepada para utusanNya.Allah berfirman:Wahai rasul,makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amalan yang soleh(al Mukminun :51).Demikian pula Dia berfirman,"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu(al Baqarah:172).Kemudian baginda menceritakan tentang seseorang yang telah lama bermusafir (berpergian), rambutnya kusut dan (badannya) penuh debu, dia menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa, Ya Tuhanku,Ya Tuhanku. Padahal makanannya haram,minumannya haram,pakaiannya haram dan perutnya diisi dengan makanan yang haram, maka bagaimana mungkin doanya dapat dikabulkan?" (HR Muslim)

Sumber dari Al-Insyirah Photography

No comments:

Post a Comment